::. INGIN MENDERMA UNTUK "TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU"...

klik sini untuk keterangan lanjut http://masjidtokguru.blogspot.com/

::. BLOG INI BERSAMA TGNA MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN

BLOG INI MENOLAK SEKERAS-KERASNYA IDEA KERAJAAN PERPADUAN DAN PEMIMPIN YANG PRO KERAJAAN PERPADUAN. ANDA DIPERSILAKAN LETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT!

::. Penjenguk Setia

::. PILIHAN TEPAT

::. PILIHAN TEPAT
Ikon Perpaduan Rakyat Malaysia

::. Mari Menonton

MACAM RETAK MENANTI BELAH AJE KITA LIHAT.. SILA SILA SILA.. HENTAM LAGI

::. HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA

::. HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA
Kami berdiri teguh dibelakangmu... Semoga Allah berkati TGNA

::. PESANAN BUAT BEBERAPA KERAT MANUSIA DI DALAM PAS

AWAS!!!

JANGAN CUBA MENTERENGGANUKAN PAS!

Kursus Biro Tata Negara (BTN) dari kacamata anda?

Pemimpin yang sepatutnya MENGETUAI PAKATAN RAKYAT ialah:

Tuesday, December 29, 2009

PMBK, Dr Rosli, Tajaan Haji... apa lagi selepas ini?

MEDIA dah kelam kabut dalam usaha nak tutup kelemahan Umno BN. Dimainkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS semahu mungkin. Kadang kala isu itu dilaporkan dalam pelbagai wajah dan keadaan walaupun isi dan natijahnya sama.

PMBK, Dr Rosli, Tajaan Haji dan yang terbaru kemungkinan 2 Setiausaha MB Kelantan akan dipecat. Pagi petang siang malam, isu-isu itulah yang disumbat ke telinga rakyat. Dengan harapan, isu-isu yang lagi besar seperti 2 enjin jet yang hilang, PKFZ, Beng Hock, Bala, Altantuya dan banyak lagi terus dilupakan rakyat.

Kita sama-sama tengok lepas ini isu apa pula yang timbul.


Thursday, December 24, 2009

Industri Pertahanan Malaysia lebih hebat dari US laaa..

Pada satu pameran industri pertahanan yang berlangsung di Canada, kelihatan 2 orang Jeneral Tentera Udara sedang berbual sambil berkongsi info mengenai industri dan kehebatan pertahanan masing-masing. Seorang dari US dan seorang lagi adalah Jeneral kita dari Malaysia.



Jeneral US: Hello, apa kabar?
Jeneral Malaysia: Khabar baik. Malaysia pun bertambah makmur.
Jeneral US: Lanun di Selat Melaka macam mana ok?
Jeneral Malaysia: Oh, itu sudah kami bereskan. Pertahanan kami pun semakin hebat kini.
Jeneral US: Semakin hebat? Baguslah. Tapi masih tidak boleh tandingi US bukan.
Jeneral Malaysia: Itu sangkaan kamu saja. Sebenarnya kami telah mengatasi US.
Jeneral US: Kamu biar betul. Banyak teknologi yang Malaysia belum dapat dari kami.
Jeneral Malaysia: Betul, kami memang lebih maju dari US dalam bab pertahanan.
Jeneral US: Jangan bohong la. Mana ada negara yang boleh atasi US dalam bidang ni.


( Sambil menjadikan pesawat peninjau tanpa juruterbang, Predator sebagai tajuk perbualan)


Jeneral US: Pesawat ni hebat, tanpa juruterbang tetapi masih mampu meninjau dan mengintip.
Jeneral Malaysia: kamu punya pesawat peninjau tanpa juruterbang dah rasa hebat? canggih?
Jeneral US: Sudah semestinya hebat. Mana ada negara yang mampu capai teknologi secanggih ini?
Jeneral Malaysia: Kalau begitu kami lagi hebat la..
Jeneral US: Kenapa kamu kata begitu pula?
Jeneral Malaysia: Pesawat peninjau kamu tiada juruterbang sahaja kan?
Jeneral US: (Dengan bangga) Yup, dan mampu membuat tinjuan di tempat strategik.
Jeneral Malaysia: Pesawat peninjau kami lebih canggih la kalau macam tu?
Jeneral US: (Dalam keadaan hairan) Kenapa? Apa yang canggihnya?
Jeneral Malaysia: Pesawat Peninjau kami bukan setakat tak ada juruterbang, ENJIN PUN TAK ADA.
Jeneral US: Habis tu macam mana nak operasi ENJIN TAK ADA.
Jeneral Malaysia: Itulah kehebatan kami. Kami pun sebenarnya baru sedar je enjin tak ada.

Wahai Peguam Negara, jangan lupa untuk siasat sama si Najib tu

BOM yang telah lama diaktifkan, atau mungkin teraktif secara tak sengaja akhirnya meletup jua. Ramai yang jadi korban dan ada antaranya mungkin mangsa-mangsa yang tidak berdosa.

Sebelum pergi jauh, mohon ampun banyak-banyak. Ini bukan laporan siri serangan keganasan atau bom berani mati. Tetapi laporan mengenai meletupnya isu kehilangan enjin pesawat pemintas F5E. Hilang tu satu bab la, jumlahnya pula satu bab lain pula.

Mula-mula rakyat dok sangka hilang satu saja, tetapi rupa-rupanya yang hilangnya dua enjin. Sudahlah dua enjin yang hilang, lain-lain peralatan yang berkaitan juga hilang.

Paling mengejutkan lagi, malapetaka ini berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Maka, untuk memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini dikenakan tindakan yang sewajarnya, maka Peguam Negara yang mendakwa akan menjalankan siasatan terperinci juga perlu menyiasat Najib, Perdana Menteri sekarang ini. Jangan terkecuali.

Tidak ada alasan untuk mengecualikan Najib. Dakwaan bahawa hanya anggota lain-lain pangkat (anggota berpangkat rendah bermula sarjan ke bawah) adalah tidak benar sama sekali dan satu pembohongan yang tidak masuk akal.

Kenapa kami katakan ianya pembohongan? Mudah saja alasannya, takkanlah perkara-perkara besar seperti hal-hal berkaitan pembaikian dan penghantaran enjin pesawat dan alat-alat ganti ditentukan oleh orang-orang bawah yang lain-lain pangkat ini? Takkan prebet cabuk yang tandatangan borang-borang yang berkaitan prosedur keselamatan? Jangan dok bohong la Pak Menteri dan juga Najib.

Dan kepada Peguam Negara, jangan main-main dengan rakyat, Ini bukan ugutan, tetapi amaran dan peringatan keras dari rakyat. Siasat betul-betul perkara ini, jangan kecualikan sesiapapun bermula dari yang paling atas sampailah yang paling bawah.

Tuesday, December 22, 2009

Kes enjin jet hilang: Boleh tak Menteri Pertahanan jangan dok kelentong?

KUCING hilang perkara biasa. Baju hilang pun perkara biasa. Malah kalau budak hilang pun dah kira biasa sekarang ini. Tetapi bila enjin pesawat yang hilang, milik TUDM pulak tu, itu sudah jadi perkara yang amat-amat luar biasa.

Cuba tuan-tuan bayangkan betapa hebatnya 1Malaysia ni. Enjin pesawat pun boleh hilang. Mungkin bagi sesetengah pihak, ini merupakan perkara remeh, lucu atau pelik. Tetapi bagi kami, ianya patut dipandang dari sudut keselamatan negara.

Bagaimana mungkin alat kelengkapan untuk mempertahankan tanah air boleh hilang semudah itu. Menteri Pertahanan pulak sibuk dok kelentong sana sini mengatakan bahawa kehilangan itu melibatkan puak-puak bawahan.

Kalaupun nak tipu rakyat, biar logik la sikit. Takkan la nak bawak keluarkan sesuatu barangan yang penting tidak memerlukan prosedur keselamatan yang ketat. Sudah semestinya ada semua itu bukan?

Paling koman pun bos yang berpangkat-pangkat dan berpingat megah didada perlu menandatangani beberapa borang pelepasan sebelum enjin pesawat tersebut dibenarkan untuk dibawa keluar. Jadi buat Menteri Pertahanan, tak perlu lah nak kelentong rakyat. Rakyat bukan bodoh.

Jangan anak bilis je yang kena tindakan, bapak jerung pun perlu 'dipukat' sama.

Ariffahmi, kalau betul-betul sayang berundur sajalah...

SERUAN ini kami titipkan ikhlas untuk saudara Ariffahmi, CEO PMBK yang ada sekarang. Kalau benar anda sayangkan Jemaah dan parti, kalau benar anda hormati dan sayangi TGNA dan keluarga, berundurlah segera.

Usah ditangguh lagi pengunduran ini. Jangan tunggu sehingga bulan Mac baru nak berundur walaupun mungkin peraturan PMBK membenarkan ianya begitu.

Ini bukan lagi soal kebenaran peraturan, ini bukan lagi soal perlu menyiapkan kerja terlebih dahulu, dan ini juga bukan lagi soal mempertahankan hak (yang sekarang ini sedang hebat dipertikaikan).

Seruan kami agar anda berundur awal ini adalah untuk menyelesaikan kemelut, merungkai yang kusut, menjernihkan suasana, dan yang lebih penting adalah untuk mengelak pintu fitnah kembali ketuk oleh musuh (dalam dan luar) serta menyediakan ruang yang lebih selesa dan tenang kepada TGNA untuk mentadbir negeri dan parti.

3 bulan bukan satu jangkamasa yang singkat sebenarnya di saat kita sedang 'berperang' dengan musuh yang telah mengepung kita dari segenap sudut. Masa untuk fikirkan strategi dan taktikal bukan lagi bernada bulan pada saat getir ini, tetapi ianya sudah bernada jam, minit dan saat.

Lambat sejam, lambat seminit atau lambat sesaat saja membuat keputusan dan percaturan taktikal, bala tentera (jemaah) kita akan robek dan gugur satu persatu.

Apa salah korbankan diri sendiri untuk Jemaah. Letak tepi dulu siapa benar siapa salah dalam saat getir ini. Utamakan jemaah. Ingat, pahlawan yang mundur ke belakang tidak semestinya kalah di medan juang. Ada kalanya sang pahlawan juga perlu berundur seketika untuk meredakan tekanan yang membahang dan mengatur balik strategi barisan hadapan.

Nik Amalina toreh kembali luka yang baru nak sembuh

ALHAMDULILLAH, berkat kesabaran semua dan disertakan pertolongan Allah S.W.T, kemelut politik yang melanda Kelantan nampaknya semakin reda, dan luka yang dulunya agak parah kini dilihat mula kering, dan membentuk isi-isi baru dan parut, tanda-tanda ianya akan sembuh.

Tetapi sayang, ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Luka yang baru saja nak sembuh itu, ditoreh kembali oleh Nik Amalina (anakanda TGNA ) sendiri, dan sedikit luka baru dilihat mula mengalir kembali.

Dalam hal ini, Nik Amalina sepatutnya faham dan tahu membezakan antara kepentingan keluarga dan kepentingan Jemaah. Keputusan TGNA untuk mengarahkan suami Nik Amalina meletak jawatan sebagai CEO PMBK dibuat berdasarkan keputusan dan kehendak Jemaah.

Sebagai Pejuang Islam, Nik Amalina tidak sepatutnya bernada sedemikian. Beliau perlu tahu bahawa suaminya mampu memberikan impak kepada parti, baik positif mahupun negatif. Dan arahan dari parti dan jemaah (agar meletak jawatan) itu adalah bertujuan untuk mengelak dari berlakunya impak negatif.

Sebagai seorang anak kepada Tokoh Ulama yang begitu disantuni dan dihormati di Dunia Nusantara ini, Nik Amalina harus mempamerkan suatu seruan yang lebih baik, bukannya mendesak agak seorang 'exco itu' digugurkan.

Kami bukan hendak membela sesiapa, tetapi hendak juga bertanya kepada Nik Amalina ni, benarkah 'Exco itu' terbabit? Atau anda juga telah dikelirukan oleh massa?

Tindakan Nik Amalina ini sebenarnya sedikitpun tidak mendatangkan keuntungan baik kepada beliau, keluarganya, Ir Ariffahmi, malah kepada TGNA sendiri. Dan bagi kami, tindakan tersebut (seruan secara terbuka) tidak lebih sebagai satu tindakan 'bodoh' (sekadar meminjam kata-kata kekanda Nik Amalina iaitu Nik Abduh) yang merugikan parti, TGNA dan menguntungkan Umno.
Kes ini sedikit pun tidak sama dengan kes kami menyerang dan mengkritik Puak-Puak Kerajaan Perpaduan, Puak-Puak Kerajaan Perpaduan dulu merupakan barah dalam parti dan memang perlu dikritik agar barah tersebut tidak merebak ke segenap urat nadi parti dan Jemaah.

Sunday, December 20, 2009

1Malaysia ni bukan setakat budak saja yang hilang, enjin pesawat pun boleh hilang. Heran.. heran..

RAMAI betul penyamun dan penyangak di negara bernama 1Malaysia ni. Dulu kita pakat dok heboh pasal kehilangan budak, yang mana pihak berkuasa dengan bongkak dan angkuh mengatakan bahawa pihaknya hanya memerlukan 48 jam untuk menyelesaikan kes ini. Tetapi hakikatnya sampai sekarang budak tu tak jumpa, entah hidup entah dah mati.

Kini kejadian makin bertambah pelik. Bayangkan saudara, enjin sebuah pesawat pemintas milik TUDM yang dikatakan harga enjinnya saja mencecah RM50juta telah hilang.

Hebat. Malaysia ni memang betul-betul hebat. Menang pingat emas acara bola sepak dalam Sukan Sea setelah kemarau 20 tahun pun dah dikira hebat, inikan pula hilang enjin pesawat. Lagilah hebat. Kalau hilang dengan badan-badannya takde la pelik sangat, ni tidak, enjin saje yang hilang. Tak hebat lagi macam tu?

Ramai betul penyanyak dan penyamun di Malaysia ni nampaknya. Semua nak hidup senang cara mudah agaknya. Yelah, mereka pun contohi pemimpin negara jugak.

Kalau pemimpin negara boleh rompak harta dan khazanah rakyat dan negara, takkan mereka tak boleh? Betul jugak tu. Orang tua-tua kata, cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Kalau mayat model dari Mongolia boleh berkecai dan banyak bukti penting hilang seperti rekod keluar masuk model tersebut dari atau ke negara ini, apa pelik sangat kalau enjin pesawat hilang. Silap-silap haribulan, Putrajaya pun akan hilang nanti.

Wednesday, December 16, 2009

Siri serangan TGNA terhadap Umno BN berterusan, kali ini sudi terima Pemimpin Rohani Pakatan

KESUDIAN Tok Guru Nik Aziz untuk menerima perlantikan sebagai Pemimpin Rohani Pakatan Rakyat sekali lagi memberi tamparan hebat kepada Umno BN.

Idea untuk melantik TGNA sebagai Pemimpin Pakatan Rakyat ditimbulkan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang berpendapat TGNA merupakan orang paling layak untuk memimpin dan mempengerusikan Pakatan Rakyat buat masa ini memandangkan beliau merupakan Ikon Perpaduan Nasional dan diterima semua lapisan masyarakat tidak kira Melayu, India, Cina dan lain-lainnya.

Sesetengah pemerhati politik berpendapat bahawa cadangan Datuk Zaid Ibrahim itu ada kaitannya dengan kes yang sedang dihadapi Anwar Ibrahim sekarang ini. Mereka berpendapat walau dengan apa cara sekalipun, Anwar akan sedaya upaya akan ditamatkan karier politiknya oleh pemerintah. Dengan kata lain, cadangan Zaid ini adalah untuk persediaan awal sekiranya keputusan mahkamah nanti tidak memihak kepada Anwar.

Ramai yang bersetuju dengan perlantikan TGNA ini. Mereka berpendapat itu adalah pilihan yang paling tepat buat masa ini. Dan bagi Umno BN pula, ianya merupakan satu tamparan yang paling hebat sekiranya perlantikan ini menjadi kenyataan. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa, ini merupakan serangan tambahan dari TGNA untuk melemahkan Umno BN.

Tuesday, December 15, 2009

Tahniah atas kejayaan Umno BN...

TUNGU!!!.. Jangan tuan cepat melenting bila kami ucap tahniah kepada Umno BN. Ucapan tahniah tersebut kami tujukan kerana kejayaan mereka mencipta isu demi isu (Upah Haji, PMBK, Kerajaan UG dan bermacam-macam lagi) demi untuk menutup segala keburukan Kerajaan dari diperkatakan rakyat.

Dengan meletupnya isu-isu yang membabitkan PAS, PKR dan DAP maka kini kerajaan Umno BN berada dalam keadaan selesa dan selamat kerana rakyat tidak lagi nampak apa yang berlaku di sebalik skandal Altantuya, PKFZ, keterlibatan adik Najib dengan kes Bala dan sebagainya.

Itulah kehebatan pemerintah yang mampu dan berkuasa untuk menggunakan segala kelengkapan yang ada demi untuk menyelamatkan diri. Akhbar dan media lainya ditunggang dan dikambing hitam semahu mungkin.

Dalam bab moral mungkin ianya satu tindakan yang amat-amat tidak boleh diterima, tetapi dalam politik ianya tetap strategi bijak dan ampuh yang gagal difahami dan ditangani oleh para ahli dan pendokong PAS mahupun ahli Pakatan yang lain.

Cuma kita perlu berhati-hati selepas ini kerana kita sudah lama ada petunjuk bahawa begitulah modus operandi Kerajaan BN dalam menyembunyikan usus mereka yang busuk lagi membusukkan.

Gali lubang untuk tutup lubang, Cipta isu untuk tutup isu. Itulah kejahatan Umno BN yang sehingga kini amat sukar difahami oleh sesetengah penyokong PAS dan Pakatan.

Sunday, December 13, 2009

Semudah itu Zambry mahu rakyat Perak lupakan rompakan kuasa?

ENTAH apa yang bermain difikiran Zambry dan Umno sehingga mengharapkan rakyat Perak begitu mudah melupakan segala kebejatan politik yang mereka lakukan semasa merampas hak dan suara rakyat Perak sedikit waktu dulu.

Mungkinkah pada mata Zambry dan Umno, rakyat Perak ini bodoh dan buta politik? Atau mungkin juga beliau menganggap rakyat Perak sedikit pun tidak marah dengan rampasan kuasa yang dilakukan mereka sebelum ini.

Begitu mudah beliau mahu rakyat lupakan peristiwa hitam itu, dan kembali menumpukan ekonomi Perak.

Tidak sedikit pun dinafikan, pembangunan ekonomi itu penting, tetapi kesuburan demokrasi juga adalah penting. Malah menghormati hak dan suara rakyat adalah juga jauh lebih penting. Kenapa mereka sanggup menodai semua itu?

Baru sekarang hendak bercakap soal kembali pulihkan ekonomi? Sedarkah Umno dan Zambry bahawa rakyat Perak hidup cukup aman sebelum kamu semua menyamun kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat yang diangkat oleh orang Perak sendiri.? Sedarkah semua ini?

Dan sedarkah kamu wahai Zambry dan Umno bahawa sebelum kamu melaksanakan rampasan kuasa dulu Perak sedang berkembang ekonominya dengan begitu pesat sekali di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Ir Mohamad Nizar bin Jamaluddin?

Rakyat hidup aman damai, diporak perandakan Umno BN. Memang selayaknya Umno BN dinokhtahkan perjalanannya pada PRU 13 nanti.

Thursday, December 10, 2009

Peruntukan Masjid: DAP tak perlu bersikap biadap

TINDAKAN Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng yang juga Setiausaha DAP Perak mempertikaikan peruntukan kerajaan untuk pembinaan masjid dari tahun 2000 - 2008 adalah satu tindakan biadap dan tidak boleh diterima.

Sebagai agama rasmi negara, kedudukan Islam tentunya dijamin dan perlu dihormati oleh semua pihak dan segala aspek yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan syiar Islam perlu diberi kerjasama dan sokongan semua termasuk dalam hal-hal pembinaan masjid.

Usaha untuk membandingkan peruntukkan masjid misalnya, dengan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat agama lain merupakan satu tindakan yang tidak baik, keliru dan menunjukkan kebiadaban.

Dalam masa yang sama juga, PPK1 berpendapat dalam hal ini bukan DAP saja yang patut dipersalahkan. DAP sekadar meniru perangai yang ditunjukkan Umno dalam bab-bab yang menyentuh agama Islam.

Kita tidak pelik kalau DAP yang bangkitkan hal ini kerana mereka DAP yang terdiri daripada majoritinya adalah bukan Islam. Tetapi kita amat pelik dan marah sekali bila Umno yang kononnya sejak akhir-akhir ini mengaku sebagai pejuang Islam dan parti Islam sendiri telah bertindak menghina institusi Masjid, malah merobohkan masjid dan surau-surau.

Sejarah perobohan surau kg Brembang, Surau di Bangi, dan perobohan Masjid Kg Bujal di Terengganu akan diingat oleh rakyat dan Orang Islam sampai bila-bila.

Kepada DAP dan pimpinannya pula, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan sampai kenyataan yang keluar dari mulut anda semua itu dilihat sebagai menghina Islam dan penganutnya. Dan jangan terlalu biadap dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam.

Kamu sentuh Melayu, bukan satu masalah bagi kami sebab kami tidak pernah sesekali berjuang atas dasar bangsa dan politik sempit perkauman. Tetapi awas, kalau kamu semua sentuh agama Islam, amat mengguris hati kami dan kami pasti akan tentang habis-habisan apa saja halangan yang cuba ditimbulkan oleh mana-mana pihak terhadap Islam, tidak kira DAP, PKR, Umno dan siapa saja (kalau ada dan wujud benda semacam ini).

Islam untuk semua... dan kamu (DAP) atau sesiapa saja akan selamat dengan Islam, walaupun tidak menganutnya. Islam bukan agama rasict, bukan agama pelampau, bukan agama yang menaja keganasan.

Islam melihat kita semua Melayu, Cina, India dan lain-lain sebagai bersaudara. Islam mengiktiraf hak Bukan Islam. Islam adil kepada semua. Yang tidak adil, yang perkauman, yang ada semangat benci membenci tu bukan Islam, itu Melayu. Melayu lain, Islam lain.

Melayu itu bangsa, tetapi Islam itu agama. JANGAN KELIRU.

Najib Razak dalam PELBAGAI WAJAH BERBEZA [foto disertakan]

Wajah Najib dan Isteri serta anak semasa di Tanah Suci
Bukan main baik lagi kalau kita tengok.
Tapi bila lihat gambar seterusnya nie, kita mula dah tak sedap hati...
Tengok sendirilah macam mana wajah sebenar Najib... YAMSENGG


Najib & Rosmah... apa yang anda buat tu? Sembah apa?


Amboi Najib, main-main nyala pelita pulak.
Kata Pemimpin Parti Islam (Umno)?


Anda teka sendiri lah apa yang Najib dan Abhisit minum.
Takkan teh tarik Mamak Zambry kut...
CHEERS.. patutla puak2 Umno suka sebut
TAKE BEER dari takbir.. rupa2 nya betul....

Tiada ruang untuk KETUANAN MELAYU - Penasihat Gerakan

PENASIHAT parti Gerakan, Lim Keing Yeik dalam satu majlis parti di Ipoh menegaskan bahawa tiada ruang untuk ketuanan Melayu di negara ini dan ahli Gerakan perlu menentangnya walaupun terpaksa meringkuk di penjara.

Bekas Menteri Kabinet Mahathir dulu berkata ketuanan Melayu perlu dibantah walaupun ia dijuarai Umno.

Nah, sekarang ini orang lain dah mula pertikai dasar Umno. Kita nak lihat apa yang Umno boleh buat untuk mempertahankan ketuanan Melayu yang menunjangi politik sempit Umno itu. Atau Umno masih macam dulu, sekadar retorik saja lebih. Menggunakan Isu Ketuanan Melayu hanya untuk menggula-gula dan memperbodohkan Orang Melayu.

Kita PAS sudah tentu tidak terpalit dan tidak akan campur isu remeh temeh ini kerana dasar PAS bukan Melayu, Cina atau India. Tetapi dasar PAS adalah Islam, Keadilan kepada semua bangsa dan agama.

Monday, December 7, 2009

Rahsia dan Strategi Jahat Umno Kelantan kini dalam poket Tok Guru?

ALLAH PUNYA KUASA! Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah adalah jauh terlebih baik.
Segalanya mula terbongkar satu persatu, atau paling kurang pun sudah dapat dibaca gerak tarinya. Itulah kelemahan ketara Umno khususnya di Kelantan.

Khabarnya terdapat seorang Pimpinan Umno Kelantan hari ini telah mendedahkan segala perancangan dan strategi jahat Umno Negeri terhadap Kerajaan Islam Kelantan pimpinan TGNA, termasuk keterlibatan apa yang digelar sebagai 'Kolonel Mat' oleh TGNA sendiri.
Semuanya kini telah terbongkar satu persatu, dan kini nyawa dan rahsia Umno dalam poket TGNA.
Tunggu kami membuat pendedahan selanjutnya selepas ini sekiranya keadaan mengizinkan. Nak percaya atau tidak itu terpulang kepada telahan dan skill politik masing-masing. Apa yang lebih penting, Umno BN runtuh dan musnah. Pergi jahanamlah dengan Umno.

Sunday, December 6, 2009

BTN tidak semai semangat perkauman: Apa kata parti Komponen BN yang lain?

SEMUA ORANG tahu bahawa Biro Tata Negara (BTN) sudah lama memainkan peranan penting untuk meneruskan kesinambungan politik Umno yang kini telahpun malap dan menunggu ajalnya itu.

Peserta yang menghadiri kursus ini disemai dengan pelbagai bentuk doktrin Umno dan perkauman, di samping mencambahkan fitnah dan dakwaan tidak berasas kepada pemimpin dan parti pembangkang.

Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang sering menjadi sasaran fitnah dalam mana-mana kursus BTN.

Semua setuju rasanya terhadap dakwaan bahawa BTN tempat untuk menyemai semangat perkauman yang tidak berkesudahan di samping sebagai tempat untuk 'basuh otak' rakyat.

Tetapi yang peliknya, pemimpin-pemimpin utama parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, dan sebagainya masih lagi berdiam diri dalam memperkatakan hal ini.

Tidakkah mereka sedar akan hal ini? Rakyat Malaysia sedang menunggu apa reaksi dan pandangan pemimpin parti-parti komponen Bn ini.

Ke mana hilangnya Samy Vellu, Koh Tsu Koon, Ong Tee Kiet, dan ramai lagi? Atau kalian semua sememangnya sudah lama dijadikan kucing kurap oleh Umno?

Umno gelabah, mula terima serangan balas dari TGNA

ORANG TUA-TUA pernah pesan, jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikejut harimau yang sedang ketiduran, rezeki jalan ditolak, musuh jangan pula dicari.

Tetapi Umno BN nampaknya bebal lagi membebalkan. Memang mengalami kerosakan otak tahap kronik, tidak hiraukan semua pesanan orang tua-tua.

Sarang tebuan bukan setakat dijolok, tetapi dipecah-pecahkan mereka, harimau yang ketiduran pula bukan setakat dikejut, tetapi dicabutnya misai dan dipatahkannya taring... rezeki? Bab ni mereka memang bijak sebab mereka tidak pernah menolak 'rezeki' yang halal ataupun yang haram. Tetapi mereka tetap mencari musuh walaupun mereka sedar mereka kini sedang kelemasan. Itulah Umno dan itulah kelemahan dan kebebalan Umno.

Sarang tebuan yang mereka jolok kali ini bukan sembarangan sarang, harimau yang mereka ganggu tidurnya juga bukan calang-calang, musuh yang mereka cipta kali ini pun bukan Kepalang peri pengaruhnya. Mereka pilih salah orang, Tok Guru Nik Aziz.

Sebagai orang politik yang mempunyai pengalaman sudah melebihi 40 tahun (sebagai Wakil Rakyat) dan sudah 20 tahun membelah onak badai politik fitnah musuh (Umno BN), TGNA tidak cepat melatah, tidak mudah mengalah dan ada tempat untuk berserah ( ALLAH ).

Beliau bagi dulu peluang kepada musuh untuk memanah, melontar, membidik dan sebagainya, sebab beliau tahu panahan tersebut selalunya tersasar, terkeluar dari lunas-lunas kelogikan dan akal, dan lebih berbentuk fitnah yang menjatuhkan.

Bila musuh kehabisan anak panah, peluru, lembing tombak, keris dan sebagainya, pada masa itulah TGNA akan melangkah gagah menawan musuh satu persatu.

Sejak sebulan lepas giliran Umno BN menabur fitnah dan mencipta isu, tetapi kini giliran TGNA pula menyerang balas. Bermula dengan Himpunan 10,000 Rakyat Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu pada 4 Disember lepas, beliau mula melangkah dan terus melangkah ke program-program penerangan dan ceramah.

Semakin teruk beliau difitnah, semakin kuat beliau menerima sokongan. Jadual ceramahnya di luar Kelantan semakin padat, undangan demi undangan diterima dan ada sesetengah daripadanya perlu ditolak dengan baik lantaran kesibukan dan jadual yang amat ketat.

Kemana saja beliau pergi, pasti mendapat sambutan ramai. Rakyat Malaysia semakin ramai yang berani bangkit berdiri teguh di belakang beliau. Tak kira apa bangsa, mereka mula mendapat maklumat-maklumat sebenar daripada TGNA sendiri.

Satu persatu TGNA berjaya mematahkan api-api fitnah dari Umno BN yang bagi beliau berada dalam kelemasan.

Benar bagai dikata seorang tua di kaki gunung, Umno membusuk hingga ke usus.

Saturday, December 5, 2009

Royalti Minyak: Sudah tiba masanya rakyat Kelantan bermunajat sepertiga malam

DILUAR DUGAAN! Itulah sebaik-baik ungkapan bagi menggambarkan kecintaan dan sokongan rakyat Kelantan yang berbilang kaum terhadap Kepimpinan Yang Amat Berhormat Mulia Tok Guru Menteri Besar Kelantan pada Jumaat lepas.

Melayu, India, Siam, Cina dan pelbagai bangsa turun ke Dataran Ilmu bagi menjayakan Himpunan 10,000 Rakyat Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Apa yang menariknya, himpunan tersebut juga dimanfaatkan oleh pihak penganjur apabila memberikan sedikit sebanyak fakta mengenai tuntutan Royalti Minyak Kelantan, dan kaitkannya dengan Royalti Minyak yang diterima Kerajaan Songkla di Selatan Thailand.

TGNA sendiri telah memanjatkan doa khusus untuk tuntutan royalti minyak ini dan diaminkan oleh ribuan rakyat.

Pada hemat kami, sudah sampai masanya PAS Kelantan menghimpunkan puluhan ribu rakyat Kelantan untuk turun ke Stadium Sultan Mohd Ke IV bagi bermunajat kepada Allah S.W.T memohon agar dipermudahkan segala urusan tuntutan hak rakyat Kelantan ini. Dan sekiranya mendapat tentangan atau halangan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu, diharap dapat dimusnahkan oleh Allah. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi adalah sangat makbul.

Thursday, December 3, 2009

Jom sertai Himpunan 10k sokong TGNA


Wednesday, December 2, 2009

Secara rasminya blog Kickdefella DIHALAU KELUAR dari warga PPK1

EKORAN ugutan terhadap TGNA dan keluarga, serta fitnah tak berfakta bernada auta, serangan peribadi dan banyak lagi usaha yang dibuat oleh Syed Azidi atau Kickdefella yang dilihat bukan lagi ingin membetulkan keadaan, tetapi sudah memasuki era untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan Pimpinan YABM Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, maka dengan ini secara rasminya blog Kickdefella DIHALAU KELUAR dari warga PPK1.
Kamu tidak layak bersama-sama kami dan warga-warga yang lain. Lagipun, blog kami kerdil, tak sesuai untuk kami mencacai dan cari makan dengan publisiti melalut dan murahan yang kamu sendiri cipta itu.

Kenapa biarkan TGNA keseorangan?

SERANGAN PERIBADI dan fitnah terhadap TGNA bagi fasa kali ini sudah memasuki minggu yang ke 4 semenjak tercetusnya fitnah dan isu Tajaan Haji.

Isu terbaru yang cuba digarap indah oleh puak-puak Umno BN dengan bantuan media pengampu adalah isu 'Doa Laknat' yang dibaca TGNA semasa berkhutbah Idulfitri 27 November lepas. Siang malam pagi petang TGNA ditohmah dan diserang oleh mereka-mereka yang berniat jahat tersebut.

Isu doa ni mudah saja sebenarnya, tetapi sengaja diputar belitkan oleh media dan dibantu oleh Mufti Kangkung dari Perak dan juga bekas mufti dari selatan yang jelas adalah penjilat dan pencacai Umno dari dulu lagi.

Pencacai Umno dan Umno totok tu satu hal yang kita semua dah tau itu memang kerja dia org. Yang pelik dan ajaibnya, mana pegi Exco-Exco, Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, Ketua Ulama, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan ahli-ahli PAS yang lain?

Kenapa biarkan TGNA keseorangan menangkis serangan demi serangan dari Umno yang durjana itu? Yang lain dok buat apa?

Pemuda PAS pun satu hal, dah tau dapat maklumat awal bahawa Umno akan membuat onar dan tunjuk perasaan di depan bangunan SUK untuk serah memorandum kepada TGNA, kenapa tidak dikerahkan Pemuda-Pemuda PAS dari seluruh Kelantan? Bagi kamilah, Pemuda PAS Kelantan sesi kali ini adalah Pemuda PAS paling tak pandai buat kerja, paling taktau berpolitik dan paling banyak cakap tapi buatnya tidak.

Sepatutnya Pemuda PAS, Muslimat, Ulama dan lain2 berkumpul satu tempat dan gerakkan seluruh ahlinya dari Kelantan untuk berhimpun menyatakan sokongan kepada TGNA.

Tuesday, December 1, 2009

Artikel Pilihan Minggu ini oleh Mat Saman Kati (MSK)



Pada mulanya aku baca jugak blog Kickdefella. Walaupun pada mulanya, ada perkara-perkara yang aku rasa perlu diketengahkan, dan diselesaikan. Dan pada mulanya juga aku merasakan bahawa Kickdefella mempunyai sebab untuk marah.

Tapi itu lebih dua minggu dulu. Sekarang aku rasa…Kickdefella mempunyai tujuan lain apabila mendedahkan salahlaku pengurusan PMBK.

Apa yang Kickdefella mahukan? Menyingkir Arifahmi?…dah selesai. Mahu membongkar rasuah? Sepatutnya Kickdefella buat lebih lama dulu. Semasa dia menerima gaji buta hampir lima ribu sebulan…tanpa perlu pergi kepejabat. Mahu membongkar rasuah-rasuah yang berlaku di PMBK?

Bongkar lah..aku setuju. Tapi sekarang sudah lain motif Kickdefella. Bila tengok blognya…ia tidak lagi berkisar tentang rasuah dan salah laku…tetapi tentang memburukkan Nik Aziz.

Dan apa yang aku perhatikan, Kickdefella begitu licik memainkan peranan untuk menumbangkan Nik Aziz. Kickdefella tidak menulis memburukkan Nik Aziz didalam posting, tetapi dia menulis melalui komen-komen.

Dia menghentam Nik Aziz dan berselindung dibelakang nama-nama samaran diruangan komen. Perhatikan tukang-tukang komen diruangannya. Sebahagian besar daripada mereka bukan lah nama-nama yang biasa dilihat membuat komen dimana-mana blog.

Perhatikan juga didalam posting-posting lama Kickdefella. Bagi mereka yang biasa menerima komen spam, sudah biasa dengan cara ini. Orang yang sama membuat berpuluh-puluh komen dengan nada yang sama. Dan tujuan mereka didalam komen-komen blog Kickdefella ialah memburukkan Nik Aziz dengan kata-kata yang kesat.

Dulu ini kerja geng-geng cybertrooper Umno…sekarang Kickdefella dengan senang hati melepaskan komen-komen tersebut. Kickdefella bukan lagi penyokong Pas tetapi pengkhianat Pas kerana kepentingan diri. Semasa menerima gaji buta…semuanya bagus. Tetapi apabila gaji buta ditarik balik…semuanya buruk.

Bagi aku…Kickdefella samalah dengan dengan Jamaludin, Osman ataupun Radzi. Pembelot apabila kepentingan diri tidak dipenuhi.

Kickdefella adalah lambang budaya Umno dalam Pas. Budaya Umno bukan saja terdapat dalam PKR..DAP…malah budaya Umno juga sudah merebak luas didalam Pas. Dan tindakan Kickdefella ini nampaknya cuba mengalih perhatian ramai dari UG. Malah…tidak keterlaluan kalau aku katakan…tindakan Kickdefella ini seolah-olah mendapat restu puak-puak UG.

Sekarang orang tak peduli dengan keputusan Lembaga Disiplin terhadap Hasan Ali. Tuan Ibrahim sudah jadi hakim coklat hacks. Semua perhatian tertumpu kononnya tentang rasuah dan kronisma didalam PMBK.

Aku bukan ahli Pas. Bukan juga penyokong fasal 3,4 dan 5 Perlembagaan Pas. Aku juga bukan penyokong rasuah. Malah ketika ditanya oleh seorang rakan blogger kepada aku, aku kata dua-dua patut disingkir. Arifahmi dan Kickdefella.

Tapi aku tentang Kickdefella kerana cuba menjatuhkan Nik Aziz. Nik Aziz perlu dijatuhkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Dan aku tentang Kickdefella kerana dia bukan lagi penyokong Pas atau Pakatan Rakyat…sebaliknya mahu menjahanamkan Pakatan Rakyat. Hanya kerana keinginannya untuk mendapat gaji buta sebanyak sepuluh ribu campur empat ribu ditolak.

Blog Kickdefella bukan lagi sebuah blog penyokong Pakatan Rakyat sebaliknya lebih merupakan landasan untuk menjatuhkan Nik Aziz.

This fellow deserved to be kicked


Assalamualaikum Jawatankuasa Disiplin PAS.. apa cerita lama sangat nie?

SEJAK arahan agar PAS Selangor (atau lebih tepat lagi Hassan Ali disiasat) dan telah diberi surat tunjuk sebab pun, dan dah dijawab pun oleh Hassan Ali (sebagaimana dakwaan beliaulah) sehingga membawa ke hari ini, kami dapati Jawatankuasa Disiplin PAS yang diketuai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man masih lagi senyap sunyi diam membisu kelu seribu bahasa.
Assalamualaikum Dato, apa cerita semua nie? Takkan masih lagi tak ada keputusan? Atau disebabkan keputusan tersebut nyata tidak memihak kepada puak-puak Pro Kerajaan Perpaduang dan Geng Terengganu yang bebal itu, maka Dato dengan seluruh Jawatankuasa Disiplin pun turut berdiam diri?
Bila nak umumkan keputusan ni? Ahli akar umbi dah tak sabar nak tahu nie... Bertindak segera, jangan sampai kami anggap anda lemah.

Kalau tak salah, buat apa takut doa TGNA

KECOH 1Malaysia bila pengasasnya si Najib Razak yang dikaitkan dengan pembunuhan model cantik dari Mongolia telah di doakan oleh TGNA agar dimusnahkan masa depannya kerana keengganan untuk mengembalikan royalti minyak Kelantan.

Isu 'Doa Bala' ini umumnya telah tahu dan faham bahawa ianya sengaja diputar belit dan dimainkan oleh media pengampu, ditambah pula dengan ulasan-ulasan pembodek Najib. Isu pokoknya tidak sebegitu.

TGNA bukan doakan terus agar Najib ditimpa bala atau dilaknat. Beliau terlebih dahulu mendoakan agar Najib diberi petunjuk dan dibuka pintu hati untuk mengembalikan Royalti Minyak Kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Pihak Petronas.

Jika Najib enggan berbuat demikian, barulah TGNA doakan agar beliau dilaknat. Dalam konteks doa laknat ini, ianya wajar didoakan oleh mereka yang dizalimi.

Dalam kontek ini, rakyat Kelantan seramai 1.7juta orang tidak kira ahli PAS, Umno, Melayu, Cina, Siam, India dan sebagainya TELAH DIZALIMI OLEH KERAJAAN PUSAT dengan menukar Royalti Minyak kepada Wang Ihsan. Kenapa Wang Ihsan? Rakyat Kelantan ni pengemiskah?

Sifirnya mudah saja dalam perkara ini, orang yang bodoh pun buleh faham inikah pula sang Perdana Menteri yang kononnya bijak pandai itu.

Begini saja kira-kira sifirnya, KALAU KAMU (NAJIB) TIDAK BERSALAH (DALAM SOAL AGIHAN ROYALTI MINYAK) KENAPA PERLU KAMU TAKUT KEPADA DOA TGNA?

Hanya yang bersalah saja perlu takut dengan doa itu. Dan yang orang yang zalim sahaja perlu takut dengan doa mereka yang dizalimi.

Baik Najib, Muhyidin, Harusani si Mufti Pencacai mahupun siapa saja, usahlah nak bermain wayang dalam hal ini. Rakyat 1Malaysia tahu yang kamu memang bersalah. sebab itu kamu melatah.

TGNA bukan kawan ketika senang sahaja

SEJAK akhir-akhir ini terdengar suara-suara sumbang bak sang katak lompat dari Pasir Mas dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya yang mendesak agar TGNA meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kerajaan Islam Kelantan.
Lebih malang lagi, suara sumbang sang katak lompat tersebut turut disambut oleh segelintir manusia yang baru saja menjadi ahli PAS tetapi ingin menunjukkan jagoan.
Nik Abduh sebagai anak baka kepada TGNA juga tidak kurang peranannya dalam mengeruhkan situasi ini. Beliau sanggup menyatakan 'wahai si bodoh' kepada sesiapa saja yang menghalang atau melarang atau tidak membenarkan ayahandanya meletak jawatan sebagai MB Kelantan.
Dalam hal ini, kami di PPK1 sanggup dipanggil 'Si Bodoh' oleh Nik Abduh kerana memang kami 100% tidak bersetuju TGNA meletakkan jawatan. Apa perlu letak jawatan, TGNA bukan tidak mampu memikul tugas dan amanah rakyat. Malah beliau masih dari mampu untuk meneruskan tugas tersebut.
Apa yang lebih penting, dan perlu puak-puak katak samada dari Pasir Mas atau pun dari mana saja, dan juga Nik Abduh dan lain-lainnya faham ialah TGNA bukan jenis manusia yang mudah lari dari tanggungjawab.
Bukan cara beliau untuk bersama semasa senang, tetapi lari semasa susah. Kalau itu pun kita tak mampu nak faham, memang jauh lagi la sifat pengorbanan kita pada parti dan jemaah.

Thursday, November 26, 2009

Ir Mustafa Salleh layak Ketuai PMBK

MOHON maaf kepada semua pimpinan, khususnya TGNA. Bukan ingin mendahului sesiapa, apatah lagi membelakangkan TGNA. Bukan juga berniat untuk mengguris hati sesiapa.. sekadar membantu setakat termampu.

Kemelut dan fitnah yang memporak perandakan PMBK nampaknya makin sejuk dengan langkah penuh maruah dan berjiwa besar CEO nya, Ir Ariffahmi. Syabas dari kami kerana terbukti anda lebih mengutamakan jemaah dan parti berbanding kepentingan sendiri.

Keduanya, bila jawatan diletak, maka pastinya kerusi tersebut kosong dan perlu diisi bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan PMBK menabur bakti kepada rakyat.

Atas dasar dan tanggungjawab itulah, kami gagahkan diri di sini untuk mencadangkan sesuatu.

Pada kami, memang ramai anak-anak Kelantan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut. Antara yang kami lihat amat berpotensi ialah Timbalan Ketua Eksekutif - Perancangan dan Pembangunan PKINK, Ir Mustafa Salleh.

Kemampuan beliau dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan amatlah diyakini. Dengan latar belakang pendidikan di bidang Kejuruteraan dan juga Pengurusan Perniagaan, beliau dilihat mempunyai kemampuan untuk menguruskan organisasi besar seperti PMBK ini.

Beliau pernah menjadi Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanah Merah selama beberapa tahun sebelum diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan ketiga tertinggi di dalam PKINK oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Tulisan Nik Abduh tidak menjernihkan, tetapi mengeruhkan...

PADA kami, selain ketegasan dalam berdakwah dan berdarahkan keturunan Tok Guru serta Raja Berdaulat, Nik Abduh juga dikurniakan dengan ilmu bahasa yang amat indah dan puitis.
Sesiapa sahaja yang mengikuti blog beliau pasti akan terpesona dengan keindahan bahasa Nik Abduh, malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang mula 'jatuh hati' dengan gaya penulisannya yang puitis itu.
Tapi sayang, dengan darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah keturunan Tok Guru, dan Raja Kelantan dahulu kala, dan dengan ilmu agama yang dimiliki hasil ketekunan menadah kitab di India, Pakistan dan Mesir, kami lihat masih ada kegagalan yang nyata pada beliau, khususnya bab menguruskan nafsu amarah dan emosi. Dengan bahasa yang lebih mudah difahami, beliau anti kepada kritikan.
Nik Abduh idola kami sejak dulu, bukan kerna berlatar belakangkan TGNA atau bertunjangkan darah diraja. Tetapi kerna kepetahan berhujjah, ketinggian ilmu, keluhuran budi, dan ketinggian pekerti. Sifatnya mendamaikan, bukan menjarakkan lagi hubungan. Sikapnya juga lunak, dan menyejukkan perbalahan, bukannya menyemarakkan.
Itulah Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kami jadikan idola dulu. Tetapi kini, entahlah.... kami sendiri terkelu dan terkedu seribu bahasa. Adakah Nik Abduh yang berdiri gagah hari ini merupakan Nik Abduh yang dulunya begitu sabar dan berlapang dada dalam menerima kritikan?
Adakah Nik Abduh yang kami kenali dulu merupakan Nik Abduh yang sikapnya sentiasa mendamaikan, bukan memporak perandakan?
Soalan-soalan semudah itu pun gagal kami jawab sehingga sekarang. Mungkin itu semua persepsi berwajah emosi, mungkin juga fitnah yang bermaharajalela, ataupun fakta yang telah bertukar auta, tetapi apa pun keadaan dan sifatnya, Nik Abduh sekarang rasanya bukan lagi Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kami puji puja 10 tahun dulu. Banyak gerak gerinya mula bernada emosi dan seakan ada dendam.
Contoh terbaru adalah artikel terbaru yang dimuatkan dalam blognya ini, berlatar belakangkan keluarga, PMBK, TGNA, jawatan, penasihat MB, Exco kepercayaan dan sebagainya yang saling resap meresapi.
Jika diamati artikel ini dari awal hingga nokhtar terakhir, dan dilumati gelodak jiwanya, maka kita akan dapati seolah-olah wujud satu jurang yang amat besar diantara Nik Abduh dan beberapa kerat manusia yang ada disekeliling TGNA. Dan antara manusia tersebut ialah Datuk Husam Musa.
Bagi kami, ke kanan pun kami tidak, ke kiri pun kami tidak. Bersikap dengan lagak penghuni atas pagar adalah jalan terbaik bagi kami setakat ini. Tetapi, desas desus sebelum ini yang bertiup kencang sebenarnya hampir disahkan sendiri oleh Nik Abduh sendiri dalam artikel terbarunya itu.
Antara Nik Abduh dan Husam Musa seolah-olah ada kudis yang sedang bernanah, hanya menunggu untuk pecah dan menghamburkan segala keburukan dan kejijikan 'nanah-nanah' dendam, kebencian dan persengketaan.
Apa sebenarnya yang berlaku ini? Apa perlu Nik Abduh sebagai orang agama menzahirkan permusuhan beliau? Percayalah, sebahagian kenyataan dalam artikel tersebut sedikit pun tidak menjernihkan, tetapi mengeruhkan lagi keadaan yang dilihat semakin keruh....
".....saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan
memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan
seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.
Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum
perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas
–desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan
tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang
tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan
membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi
itu.

Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi. ......."

Wednesday, November 25, 2009

Desakan agar TGNA jadi Ketua Pakatan Rakyat sepatutnya dari PAS

PELIK sungguh perangai Pimpinan PAS sekarang ini yang diketuai TGHH. Entah dimana silapnya, desakan agar TGNA Ketuai Pakatan Rakyat yang telah didaftarkan sebagai sebuah gabungan datangnya dari mulut pimpinan PKR, dan bukannya dari Pimpinan PAS. Apa yang Pimpinan PAS buat nie? Atau masih leka dan lena dengan agenda Kerajaan Perpaduan? Atau sedang berhempas pulas merangka strategi agar idea Kerajaan Perpaduan dapat direalisasikan.

Sepatutnya bukan Datuk Zaid Ibrahim yang mula-mula mengutarakan cadangan bernas ini. Ianya patut keluar dari mulut Pimpinan Tertinggi PAS terutama Timbalan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agong dan sebagainya. Itu sahaja caranya bagi kami untuk membolehkan PAS terus gah dengan dasar perjuangannya yang tidak meminggirkan mana-mana pihak atau kaum serta pegangan agama.

Bukankah atas dasar itu idea Kerajaan Perpaduan mahu ditubuhkan? Kononnya KERAjaan Perpaduan perlu diwujudkan memandangkan Islam dan Melayu semakin tertindas.

Nah, sekarang ini idea dan cadangan tersebut telah dimajukan oleh orang lain. Kalian pula dimana? Kenapa tidak wujudkan satu 'gerakan khas' untuk merealisasikan hasrat murni ini? Apa tindakan kalian semua? Takkan berdiam diri kut sebab bukan nama kalian yang dicadangkan oleh Datuk Zaid.
Tindakan kalian (Pimpinan PAS) amat memalukan. Atau sudah wujud unsur-unsur tidak wala' kepada TGNA selaku Pemimpin Tertinggi Sekali dalam PAS? Atau ada manusia-manusia laknat yang mula iri hati dengan sambutan demi sambutan serta penghargaan demi penghargaan yang TGNA dapat dari masyarakat?
Kalau ada, dua saja caranya... samada anda buang perasaan dan dendam serta iri hati itu jauh-jauh, atau anda pergi jauh-jauh dari parti dan jemaah yang mulia ini.

Kami tidak mahu berketuakan mereka-mereka yang korup kuasa, korup idea, lembik dan tidak bermaya, mengkhianati parti dan amanah (Muktamar), bersikap talam dua muka, dan bacul dalam berpolitik.

Kalau kalian (para pimpinan PAS) mahupun wakil-wakil rakyat PAS yang ada sikap dan sifat-sifat diatas, kalian dipersilakan undur secara terhormat. Ramai lagi individu yang betul-betul wala', ikhlas, jujur, amanah dan tidak mengkhianati parti ( seperti memanggil blogger Umno ker rumah sendiri) di dalam PAS.

Salah satu kelemahan CERITA MELAYU.... skripnya & jalan ceritanya mudah dijangka.

ALAM perfileman Melayu hebat, bukan tak hebat. Hero dan heroinnya pun bagus, mantap dan menghiburkan, bukan tak bagus, tak mantap dan tak menghiburkan.
Keberkesanan lakonan pun ada, menjiwai watak agak menonjol la jugak... tetapi...
Yang amat sedih dan boleh menyebabkan kita tawar hati untuk mengikuti cerita dan filem Melayu ni sebab skrip dan jalan ceritanya mudah dijangka. Cerita baru main tak sampai separuh lagi, kita dah boleh agak apa akan berlaku selepas ini, siapa yang akan dimaki, kat mana tata letaknya dan apa ending ceritanya...samada happy ending atau sebaliknya. Itulah kelemahan cerita Melayu, pada mula cerita gempaknya lebih-lebih, di pertengahan cerita lagilah gempak tetapi diakhir cerita ianya akan berbalik ketempat asal, bosan lagi membosankan.
Begitu jugalah perjalanan badan kehakiman kita. Mula-mula Nizar sah Menteri Besar Perak, lepas tu tangguh, lepas tu rayu lagi.. sah sekali lagi.. lepas tu tangguh lagi sampai la sekarang... alih tak alih yang sedang goyang kaki adalah Pengarah Haram, Pelakon Haram, dan Penerbit Haram. Makan gaji haram dan duit rakyat.
Begitu juga alkisahnya dalam drama bersiri Dun Kota Seputeh. Mahkamah Tinggi kata kosong, dakwa SPR tidak menjalankan tugas yang sepatutnya. SPR dan BN rayu, masih lagi Mahkamah Tinggi kata kosong. Penonton dah berbelah bagi... ada yang seronok dengan keputusan itu, tidak kurang juga yang amat gusar.
Alih tak alih, SPR dan BN merayu lagi, kali ini di Mahkamah Rayuan. Dan sebagaimana skrip yang telah dirancang tetapi dapat dihidu rakyat, begitulah perjalanan 'cerita' ini berlangsung. Akhirnya SPR dan BN dapat perintah pengangguhan.
Hebat bukan 'cerita dan perfileman Melayu'. Pelakonnya terlalu pengikut skrip dan olahan Pengarah, tanpa sedikitpun berani untuk melakukan aksi-aksi atau dialog-dialog spontan yang tentunya lebih menghiburkan.

Tuesday, November 24, 2009

KOMEN PILIHAN: MPKB OH MPKB.... INI ADUAN UNTUK KALIAN

LAZIMNYA, kami tidak akan melayan mana-mana komentar yang dihantar tanpa nama, tetapi memandangkan komentar ini menyentuh sedikit sebanyak perjalanan pentadbiran salah sebuah PBT seliaan Kerajaan Negeri, maka kami ambil keputusan untuk siarkan komentar ini agar ianya lebih bersifat 'ubat yang akan merawat, dan bukannya barah yang akan membunuh'. Semoga kita sama-sama berlapang dada mengikut luahan hati salah seorang pengunjung blog kami ini....

Kepada penulis komentar ini, kalau betul-betul sayangkan PAS, kenapa perlu bertindak memangkah Umno yang korup? Itu tindakan tidak bijak. Yang bersalah adalah sesetengah atau beberapa kerat manusia yang menggunakan wadah parti untuk berselindung atau melindungi segala perbuatan. Jangan hukum PAS, kamu kena hukum orangnya.

KOMENTAR TERSEBUT BERBUNYI BEGINI...

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1.
Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2.
Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3.
MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRIKami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ.

KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRIKOTA BAHRU,
KELANTAN



Nota:
Kami perlukan komentar dan nasihat serta tunjuk ajar daripada para pengunjung sekalian. Sebagai contoh, mungkin penggantian 'Overtime' dengan 'Cuti Ganti' itu adalah prosedur yang dibenarkan oleh perkhidmatan awam, tetapi kita yang bawah saja tidak tahu prosedurnya.


Artikel Pilihan: TGNA PERLU BERSIHKAN KERAJAAN PAS KELANTAN

Terima dengan hati yang terbuka.... dipetik dari LEE COPPER
Demi kelangsungan dan nama baik PAS dan dirinya sendiri sebagai Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz telah mengarahkan Menantunya letak jawatan CEO PMBK. Ini ciri pemimpin yang hebat dan cool. Dia boleh dengar pandangan orang dan dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk pada PAS dan Kerajaan PAS Kelantan.

Bercerita tentang Kerajaan PAS di Kelantan aku fikir Tok Guru perlu mengambil langkah yang lebih drastik. Beliau perlu membuat pembersihan dalam Kerajaan PAS Kelantan. Selain Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) banyak juga jawatan-jawatan lantikan politik dalam kerajaan yang kadang-kadang jadi 'redundant" hanya kerana hendak jaga hati dan bagi pendapatan pada mereka saja.

Tok Guru perlu meneliti setiap seorang barisan Exco. Bagaimana prestasi mereka, apakah mereka lebih berpolitik dari menjalankan tugas hakiki, adakah mereka terlibat dengan komplot-komplot tertentu, dengan siapa mereka bercampur, bagaimana jabatan di bawah seliaan mereka berfungsi dan pelbagai persoalan lagi.

Selepas meneliti dan mengkaji bolehlah Tok Guru ke istana dan singkirkan sapa-sapa yang patut disingkir dan lantik yang dikira boleh bekerja untuk Rakyat Kelantan bukan yang bekerja untuk diri sendiri atau kelompok sendiri atau parti sendiripun jika bertentangan dengan kehendak Rakyat Kelantan.

Di samping itu lain-lain pegawai-pegawai lantikan politik dalam Kerajaan PAS Kelantan perlu juga dirombak. Tutup agensi yang tidak berguna dan hanya jadi tempat pemimpin PAS bekerja untuk sara diri. Suruh mereka pergi cari kerja sendiri, berniaga dll. Bukan tugas kerajaan bagi mereka makan. Kalau mereka marah... itu tandanya mereka bukan pejuang PAS!!!

Tok Guru juga perlu ambil perhatian!! Seteru utama PAS Kelantan iaitu UMNO Kelantan sekarang diterajui oleh Mustafa Mohammad. Dia nyaris membikin sejarah dalam PRU11 yang lalu. Kali ini dalam PRU13 dia tentu ada caranya lebih-lebih lagi UMNO diketuai Najib Razak.
Wajib diingat Najib Razak bukan Abdullah Badawi. Dia lebih cerdik dan lebih brutal dari Dollah Badawi. Tahap brutal Najib ni tak memang tak boleh digambarkan apa yang akan dilakukannya.
Kebrutalan Najib ini menyebabkan dia boleh melakukan apa saja yang dia suka.

Jika Tok Guru membuat pembersihan dan korbankan apa yang patut dikorbankan, Insyaallah dalam PRU13, PAS di Kelantan tetap unggul.

Yang SPR dok sibuk merayu ni sebab apa?

MAHKAMAH sudah buat dua kali keputusan. Kedua-dua keputusan itu setakat ini tidak memihak kepada SPR dan juga parti komponennya iaitu Umno BN.

Yang kami pelik dan rasa nak muntahnya, SPR ni dok sibuk merayu pasai apa? Hang dah takde keje ka? Dah selesai ka bersihkan daftar-daftar pemilih dari pengundi hantu, yang tak wujud, atau pun yang dah meninggal?

Yang hang dok kalut nak merayu untuk tangguhkan keputusan pengosongan ni sebab apa? Kut ye pun nak mengampu, menjilat, bodek Najib, tak perlu la hangpa semua jadi sehina dan sejijik ini.

Mungkin hangpa boleh gunakan klausa lain untuk menjustifikasikan rayuan yang hangpa buat tu. Belanje besar la untuk pilihanraya, takde masa la, dah banyak sangat pilihanraya la.. macam-macam alasan hangpa leh buat. Tapi hangpa ingat, suara rakyat suara keramat.

Nanti tak pasai2 dengan hanga2 skali rakyat gulingkan dalam PRU 13 nanti. Masa tu hangpa tau la nasib hangpa macam mana. Nak kata melukut ditepi gantang tu kami rasa hina sangat, tapi lebih kurang tu la hangpa semua nanti. Datang tak menambah, pergi tak berkurang. Dok lagu tu jugak.

Masa tu kalau hangpa baru nak tertobat atau mintak maap dengan sesiapa, kirim salam lah ya.. dah terlambat.

Monday, November 23, 2009

Kalau NIK AZIZ tidak BEBAL.. apa perlu anak-anak buahnya BEBAL?

ALHAMDULILLAH... sekali lagi TGNA menunjukkan jiwa besarnya sebagai seorang pemimpin apabila sanggup mendengar nasihat dan permintaan serta kritikan anak-anak buahnya dalam menyelesaikan kemelut menantu, PMBK, PAS Kelantan dan sebagainya.

Hari ini, dengan nasihat daripada Timbalan Mursyidul Am (Dr Harun Din), Tok Guru Haji Hadi (Presiden), YB Salahudin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden) dan Dr Hatta Ramli ( Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat) agar TGNA menasihatkan menantunya meletak jawatan sebagai CEO PMBK untuk menjaga nama baik pimpinan Islam, TGNA dengan jiwa besarnya sebagai seorang pemimpin sudi menerima nasihat itu, dan seterusnya setelah berbincang panjang telah mengumumkan bahawa menantunya si Ir Ariffahmi akan meletak jawatan sebagai CEO PMBK yang menjadi isu dan kontroversi itu.

Apa yang kami nak pertontonkan disini bukan perletakan jawatan CEO PMBK, malah bukan juga peranan yang dimainkan Presiden dan yang lain-lainnya untuk menyelesaikan kemelut yang direka-reka media Umno ini, tetapi kami suka hendak bawakan kepada kalian semua tentang sikap dan pendirian TGNA itu sendiri dalam konteks untuk keutuhan parti, kepentingan jemaah, kesanggupan berkorban dan kecintaannya kepada parti dan rakan.

Tentu tidak terbayang dibenak fikiran kita semua bahawa TGNA sebagai PEMIMPIN NOMBOR WAHID PAS, sanggup secara berlapang dada dan berbesar hati mendengar nasihat dari anak-anak buahnya. Seorang bapa yang begitu tegas dengan prinsip perjuangan, tetapi sanggup memberi ruang kepada anak-anaknya untuk menasihatinya, dan alhamdulillah bapa tersebut mendengar nasihat si anak apabila mendapati itu yang terbaik. Jarang manusia bersikap sebegini. Beliau sanggup ketepikan keegoaan diri, bila keputusan kolektif yang diambil untuk memperbetulkan jemaah. Beliau amat-amat mementingkan jemaah.

Itu dalam konteks TGNA. Ayuh kita lihat pula dalam ruang lingkup yang lebih luas pula; pimpinan PAS Pusat, dari Presiden hinggalah ke jawatan AJK Biasa. Satu soalan sahaja untuk kalian.... berapa keratkah yang menjiwai watak TGNA dalam konteks kesediaan menerima kritikan, nasihat, ajakan, permintaan hamba rakyat dan ahli peringkat bawahan? Berapa ramaikah pimpinan dari Presiden hingga AJK Biasa yang sanggup berlapang dada dan menurut nasihat (termasuk desakan untuk meletakkan jawatan) demi kepentingan jemaah? Rasanya kalau ada pun tidak ramai bukan?

Soalan akhir, kalau (Tok Guru) Nik Aziz tidak BEBAL, apa perlunya anak-anak buah (kalian semua la dari Presiden hingga AJK Biasa) bersikap BEBAL dan angkuh dengan segala nasihat, permintaan, desakan, asakan dan segala macam kemahuan ahli bawahan demi keutuhan dan kebaikan Jemaah?

Tidak bolehkah kalian (dari Presiden hingga AJK Biasa) belajar menelan kritikan pedas, dan juga cuba mendengar nasihat dari ahli bawahan ini? Kerdil sangatkah suara kami hingga permintaan kami ditolak tepi? Atau jijik sangatkah kami ini hingga permintaan kami untuk mengadakan EGM tidak diendahkan? ATAU KALIAN YANG BEBAL LAGI MEMBEBALKAN?


Nota:
BLOG INI BUKAN MILIK UMNO, ATAU MENERIMA APA2 IMBUHAN DARI UMNO DAN KAMI BUKAN PENCACAI POLITIK MURAHAN UMNO. KAMI SEKADAR MENGAMBIL PENDEKATAN BERBEDA DALAM MENEGUR DAN MENGKRITIK PEMIMPIN KERNA PENDEKATAN LUNAK DAN BERBAHASA INDAH KAMI TIDAK PERNAH DIPEDULIKAN.

BAGI KAMI, PEMIMPIN DATANG DAN PERGI, TETAPI JEMAAH PERLU TETAP UTUH KERANA IANYA TIADA GALANG GANTI. ngerti?

Jawapan INI untuk Blogger KUDAPERANG

INI komen KudaPerang kat Jom_Borak@PPK1. Ikuti jawapan kami ye wahai KudaPerang (mintak jangan sokong membawa rebah). Jawapan kami dalam tulisan warna merah, lambang penegasan, lambang pendirian.

23 Nov 09, 17:00
KudaPerang: Salam sahabat, sedar atau tidak, sengaja atau tidak entry-entry yang diterbit yang mengkritik secara

Jawapan PPK1: Salam KUDAPERANG. kami sedar dan memang itu pun tujuan kami mengkritik. Untuk membuka mata semua khususnya yang jenis wala' tak bertempat walaupun kepada perkara-perkara yang salah.

23 Nov 09, 17:01
KudaPerang: keterlaluan (melampau) terhadap pimpinan PAS terutama Presiden, Tim. Presiden, Pesuruhjaya

Jawapan PPK1:
Sasaran kami bukan sahaja Presiden atau Timbalan yang bagi kami hanya bilis-bilis kecil yang boleh datang dan pergi. Kalau perlu kami kritik Al Mursyidul Am untuk kebaikan parti dan Jemaah, maka Mursyidul Am pun akan kami kritik. Tetapi alhamdulillah, PAS kita ni punyai Mursyidul Am yang betul2 istiqomah dan tegas dengan prinsip perjuangan, tidak mudah goyang dengan habuan dunia dan cita-cita politik murahan berbentuk kebangsaan dan kemelayuan. Jadi, kenapa perlu kami kritik beliau.?


23 Nov 09, 17:02
KudaPerang: dan Timbalan Peseruhjaya Terengganu, dan Pesuruhjaya Selangor telah menimbulkan perasaan tidak

23 Nov 09, 17:03
KudaPerang: selesa terhadap seluruh ahli PAS dan penyokong2 Pakatan Rakyat.


Jawapan PPK1 untuk 17:02 dan 17:03.... Kritikan terhadap Puak-pauk PAS Terengganu yang bacul dan bodoh dalam berpolitik, atau Pesuruhjaya PAS Selangor yang pandai bermuka-muka dan mengkhianati parti bilamana mendedahkan rahsia parti (baiah) di depan bloggers Umno semasa beliau membuat perjumpaan dirumahnya di TTDI yang turut dihadiri Timbalan Presiden dan Roslan SMS sedikit pun tidak menimbulkan perasaan tidak selesa. Yang tidak selesa adalah puak2 yang PRO UG dan beberapa kerat yang kami layak gelarkan sebagai pengkhianat parti dan arahan Muktamar. Dan anda mungkin tidak selesa juga sebab kritikan kami tidak selari dengan anda.


23 Nov 09, 17:04
KudaPerang: Mungkin niat PPK1 baik untuk menegur pimpinan, tetapi teguran cara PPK1 buat telah menjarakkan lagi

Jawapan PPK1:
Memang niat kami untuk menegur pimpinan yang cuba membuat onar, tetapi kami juga terfikir... kalau nasihat PEMIMPIN PAS NOMBOR SATU ( Mursyidul AM PAS ye, bukan Presiden.. kena ingat tu) pun puak-puak gilakan UG tak dengar, apatah pula teguran kami. Jadi, jalan terbaik adalah kritik puak-puak UG secara terbuka dan anak jantan. Kami tegaskan sekali lagi, KAMI RELA DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN, ATAU DIPECAT KEAHLIAN SEKALIPUN atas tindakan yang kami ambik ini. Berani kerana benar, bacul kerana salah ( termasuk yang bacul tidak mahu EGM diadakan).


23 Nov 09, 17:05
KudaPerang: jurang para penyokong atas pagar yang ingin bersama PAS dan PR. Bukankah lebih baik kita menegur dan

Jawapan PPK1:
Penyokong PAS yang jenis atas pagar bukan takutkan kritikan kami, tetapi mereka takutkan dua tiga kerat pemimpin PAS yang bermuka-muka dan PRO UG. Bagi kami, pemimpin yang bermuka-muka ini tidak kiralah siapapun mereka termasuk Timbalan Presiden sama saja tarafnya dengan pencacai, pengkhianat amanah rakyat PASIR MAS.. si Ibrahim Ali.


23 Nov 09, 17:07
KudaPerang: menyarankan usaha yang lebih baik yang dapat menyatupadukan lagi jemaah PAS di atas landasan asal

Jawapan PPK1:
Kami sudah lakukan apa yang terdaya. Malah penyokong-penyokong PAS dari Parlimen Bachok sendiri tentu lebih lagi berusaha dan berkorban untuk menyatupadukan jemaah. Sebab tu mereka terima si Nasarudin Mat Isa, walaupun mereka sendiri telah mendapat maklumat yang amat banyak bahawa semasa di Parlimen Yan dulupun, Nasarudin Mat Isa jenis pemimpin yang sombong dan tidak suka jumpa rakyat. Tetapi atas dasar wala' dan nak menyatupadukan jemaah, mereka terima jugak 'biawak hidup' dalam PAS. Harapan agar 'biawak' mampu bertukar menjadi cenderawasih.. tetapi hampa. TGNA pun si Nasaruddin Mat Isa tak dengar, inikan pulak rakyat bahawan.

Tunjukkan kami Timbalan Presiden parti mana yang tidak tahu dan tidak pernah baca blog pemimpin NOMBOR SATU PARTINYA, kecuali si Nasarudin Mat Isa.?


23 Nov 09, 17:08
KudaPerang: perjuangan PAS, Membangun Bersama Islam dengan Kepimpinan Ulamak.

Jawapan PPK1:
PAS sememangnya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DAN KEPIMPINAN ULAMA', tetapi tidak semua Pemimpin PAS yang berakhlak dengan akhlak Islam yang sepenuhnya. Contoh mudah, KEPUTUSAN UNTUK TERUS BERSAMA PAKATAN RAKYAT, DAN MEMPERTEGUHKAN PAKATAN ADALAH KEPUTUSAN MUKTAMAR.. SEKALI LAGI ULANG.. KEPUTUSAN M.U.K.T.A.M.A.R. Bukan keputusan TGNA. Tetapi mengapa ada pemimpin yang sekerat dua ni begitu tegar melanggar keputusan Muktamar dan terus mendasari Kerajaan Perpaduan? Itu semua berakhlak dengan akhlak Islam ke?


23 Nov 09, 17:10
KudaPerang: Jika ada yang 'mungkin tersesat jalan' tolong lah bawa kembali ke pangkal jalan.

Jawapan PPK1:
Memang ramai yang sudah tersesat jalan, dan memang ada usaha untuk membawa balik semuanya ke pangkal jalan. Kami sendiri pun akur bahawa kami bukan mulia, tuan-tuan jauh lebih mulia dari kami, sebab itulah tuan-tuan wala' membabi buta.

Tetapi persoalannya, adalah usaha kita untuk mengembalikan manusia-manusia yang tersesat atau sengaja menyesatkan diri dalam kotak pemikiran Umno itu ingin berubah dan menyahut seruan kita? Tidak. Jawapannya TIDAK. Kalau mereka akur, takkan la TGNA terpaksa mencadangkan EGM. EGM bertujuan untuk membersihkan PAS dari beberapa kerat pemimpin yang sesat inilah. Kalau kalian yang 'sesat' dan gilakan Kerajaan Perpaduan baik Mustafa Ali, Harun Din, TGHH, Ketua Penerangan, Timbalan Presiden, Hassan Ali atau sesiapa sahaja tidak bebal, tidak begitu mudah menghukum, tidak begitu mudah melatah, tidak begitu mudah mengkhianati parti dengan agenda yang bukan-bukan, apa perlu TGNA sebagai KETUA KELUARGA yang besar ini menasihati kalian? Yang lebih sedih bila manusia sealim Harun Din pun dikhabarkan terlibat sama. Kalau betul berita ini, memang amat menyedihkan. Kalau berita ini fitnah, semoga laknat Allah kepada bloggers yang mula-mula bangkitkan fitnah ini.


23 Nov 09, 17:11
KudaPerang: Orang yang masih bukan Islam hendak di Islamkan, inikan pula orang yang telah sedia sejak asal lagi

Jawapan PPK1:
Sedarkah KudaPerang, Gagasan Bodoh Kerajaan Perpaduan yang digilai sesetengah pemimpin PAS yang bebal ini BARU SAJA MENGAGALKAN USAHA DAKWAH TGNA SELAMA 20 TAHUN UNTUK MENDEKATI YANG BUKAN ISLAM? Kalau dah jelas Umno tidak mahu Islam, sudah 50 tahun menolak dan menghina Islam, sudah 50 tahun menekan Jemaah kita jemaah Islam, habis tu kenapa perlu ada lagi golongan Kerajaan Perpaduan yang tergila-gilakan Umno yang anti Islam itu?

Islam ini bukan milik melayu saja, sedar lah wey.. ISLAM MILIK SEMUA. Menjadi kewajipan kita untuk mendekatkan orang BELUM Islam kepada Islam. Kalau yang mendakwa dirinya Islam, tetapi dalam masa sama menolak Islam secara total sebagai dasar dan asas perjuangan, kenapa perlu kita selamatkan mereka. Mereka sendiri memilih jalan itu. Lebih baik kita tumpukan usaha dakwah kita kepada mereka yang benar-benar ingin mendekati Islam, dalam konteks ini... para penyokong PAS yang BELUM ISLAM. Ada faham?


23 Nov 09, 17:14
KudaPerang: Kalau Presiden, Tim. Presiden, Pesuruhjaya dan Timbalan Peseruhjaya Terengganu, dan Pesuruhjaya

Jawapan PPK1:
Ras bangsa atau kaum bukan menjadi titik berbedaan bagi kami. Kalau Cina yang lebih Islam dari Melayu, lebih gigih melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam dari Melayu, CINA TERSEBUT AKAN KAMI SOKONG. Contoh mudah, YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak... bagi kami beliau lebih layak memimpin kami daripada sesetengah pemimpin PAS Melayu yang kononnya Islam tetapi tidak berakhlak dengan akhlak Islam. PERJUANGAN BANGSA TIDAK PERNAH ADA DALAM KAMUS PERJUANGAN KAMI.


23 Nov 09, 17:11
KudaPerang: Islam. Sama2 lah kita jaga perpaduan sesama jemaah PAS.. InsyaAllah.

23 Nov 09, 17:15
KudaPerang: Selangor tak betul, sama2 lah kita tegur dan ingatkan supaya kembali ke pangkal jalan..bukannya

JAWAPAN PPK1:
Selangor ni satu hal, terutama PESURUHJAYA PAS SELANGOR. Gelagat beliau semenjak dua menjak ini amat menjolok mata. Yang peliknya, dia boleh pulak keluarkan kenyataan sendiri, siap panggil sidang akhbar lagi... Utusan dan Berita Harian pulak tu. Dia boleh pulak buat perjumpaan dalam gelap dirumahnya dengan para bloggers termasuk bloggers dari Umno. Semua tahu kisah ini. INI SAH-SAH salah dengan parti, mendedahkan rahsia parti. TETAPI, KENAPA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN SEGERA. Timbalan Presiden dan Roslan SMS yang hadir sama kenapa tidak diambil tindakan disiplin?

Majlis apa itu? Majlis partikah itu? Atau Majlis Peribadikah itu? Apapun Majlisnya, apa justifikasi yang beliau gunakan untuk menjemput Bloggers Umno turut sama? Kalau itu Majlis Parti, acara parti, kegiatan dan aktiviti parti, lagila tidak patut Blogggers Umno turut sama. Tetapi kenapa Timbalan Presiden tidak diambil tindakan disiplin? Sebab mendapat keizinann pucuk pimpinan? Kami mahu tahu berapa kerat dan siapa pucuk pimpinan yang mengizinkan perjumpaan yang penuh pengkhianatan itu. Sila dedahkan secara umum. Kalau orang semacam inilah yang KUDAPERANG tak bagi kami kritik, atau mintak kami kritik secara berhemah, kirim salahlah. MEREKA INI BEBAL.


23 Nov 09, 17:16
KudaPerang: menggesa supaya mereka dipecat.. itu bukan kehendak TGNA.

JAWAPAN PPK1:
Betul ke KudaPerang yang TGNA bukan berkehendakkan mereka dipecat? Cuba selami balik apa hasrat TGNA dalam blognya. Asas Utama untuk TGNA cadangkan EGM diadakan adalah UNTUK MEMECAT DUA TIGA KERAT PEMIMPIN PAS (PUAK2 PRO UG) YANG SELALU MENDATANGKAN MASALAH KEPADA PARTI.

Kalau yang termasuk dalam senarai dua tiga kerat itu dipihak BENAR, kenapa perlu takut EGM? Teruskanlah EGM tu supaya mudah kami para ahli dan perwakilan mengugurkan mereka dari jawatan dan parti. Apa guna jadi ahli PAS kalau diri kita khianat kepada parti dan dasar parti.? Apa guna kita jadi ahli yang dipimpin kalau Pemimpin Nombor 1 (TGNA) PAS pun kita tak hormat dan tak patuh?

Mohon maaf atas kekasaran bahasa. Kadang-kadang bahasa yang kasar sahaja yang mampu menghadam kebebalan yang bersarang dikepala sesetengah pihak yang sukar menerima kritikan.

2 Berita Gembira dari Kelantan, 1 Dari Kuala Lumpur

2 Dari Kelantan

Berita gembira yang pertama ialah TGNA sendiri mengesahkan bahawa Husam Musa bukanlah individu yang digambarkan sebagai 'Quraisy Malaysia' dan pengkhianat oleh beliau sebagaimana tafsiran dan gambaran oleh Blogger MSO yang semua orang tahu begitu berdendam kesumat dengan Husam Musa.

Penafian TGNA ini boleh dilihat apabila beliau sendiri dengan tegas menyatakan bahawa 'kalaupun Husam ada niat untuk meletak jawatan, beliau tidak akan bagi' ketika mengulas isu ura-ura Husam Musa akan meletak jawatan Exco, dan semua jawatan dalam PAS sebelum meninggalkan parti itu. Semua fitnah yang dimainkan oleh media ini kini telah terjawab sudah.

Berita Gembira Keduanya adalah persetujuan Ir Ariffahmi yang kebetulannya Menantu TGNA untuk meletak jawatan sebagai CEO PMBK. Tindakan yang dilihat sebagai berjiwa besar itu diharap dapat mengembalikan semula kekuatan PAS Kelantan, dan menjernihkan kembali persepsi-persepsi negatif yang dipahat diminda rakyat oleh akhbar-akhbar penjilat seperti Utusan, Berita Harian, dan sebagainya yang jelas didalangi oleh Umno.


1 Dari Kuala Lumpur

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.


MASA UNTUK RAPATKAN KEMBALI SAF DAN UKHUWWAH ANTARA AHLI-AHLI

SAH... Husam bukan 'Quraisy Malaysia' yang dimaksudkan TGNA

"... Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya..."

"... Tidak ada hasrat (letak jawatan), tak berbangkit. Kalau ada pun saya tak beri..."

"... Berkenaan Husam ni, saya tidak nak sebut sebelum ini sebab takut menyingung perasaan Exco-Exco lain. Tiap-tiap Exco ada portfolia masing-masing. Tetapi portfolio Husam ni, banyak memberi manfaat kepada rakyat Kelantan..."


Begitulah lebih kurangnya ayat-ayat hikmat TGNA ketika ditanya pemberita mengenai pengunduran atau perletakan jawatan Husam Musa sebagai Exco dan semua jawatan dalam parti.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa TGNA tetap percayakan anak didiknya itu. Dan bukan Husam yang dimaksudkan TGNA sebagai 'Quraisy Malaysia' tempohari.

Malah TGNA benar-benar letakkan harapan kepada Husam Musa dalam banyak hal.

Jadi, kepada pemfitnah-pemfitnah seperti Blogger murahan si MSO (yang paling awal membayangkan Husamlah Quraisy Malaysia itu), atau sesiapa sahaja yang ada dendam peribadi dengan Husam, hentikanlah kerja khianat itu. Jernihkan kembali pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Jangan bagi tekanan yang tidak perlu kepada TGNA. Beliau bukan budak mentah dalam politik, dan beliau tahu apa yang beliau buat termasuk dalam isu Husam ini.

Kami berdiri teguh di belakang TGNA.